Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam
Ilmu Mendaulatkan Kamu
Saturday, March 16, 2013
Kejohanan Merentas Desa 2013
Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam Tahun 2013 telah dilangsungkan pada Jumaat 8. 03. 2013.Sebanyak 8 Kategori telah dipertandingkan ialah untuk murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar, Puan Siti Aloyah .
Posted by
skpulaumertajam
Mesyuarat Agung PIBG 2013
Mesyuarat Agung PIBG SK Pulau Mertajam Tahun 2013 telah diadakan pada 1 Mac 2013. Mesyuarat tersebut telah di rasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kepala Batas, Tn. Hj. Nik Syukri. Ketika Ucapan Perasmian, beliau mengimbau kenangan silam bagaimana ibu bapa pada zaman dahulu mendidik anak-anak.....
Posted by
skpulaumertajam
Selamat Datang 2013
Guru dan Kakitangan SK Pulau Mertajam mengucapkan selamat datang dan selamat bersekolah kepada murid-murid baru dan guru-guru baru untuk tahun 2013. Seramai 26 orang murid Tahun 1 dan 24 orang murid Prasekolah telah mendaftar untuk tahun 2013. Selamat datang juga buat Pn Faridah, Pn. Balkesh dan En. Ismail
Posted by
skpulaumertajam
Monday, May 21, 2012
Sambutan Hari Guru 2012
Sambutan Hari Guru SK Pulau Mertajam telah diadakan pada 16 Mei 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Pn Hjh Che Wan Bt Othman, GPK HEM SK Pulau Mertajam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan para guru. Majlis sambutan dimulakan dengan aktiviti sukaneka pada waktu pagi. Selepas rehat, majlis diteruskan dengan aktiviti persembahan murid di dewan sekolah. Majlis kemudian disambung di Hotel Seri Malaysia bagi majlis jamuan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini.
| Bacaan Doa oleh Ustaz Auladi |
| Persembahan Murid Tahun 6 |
| Ucapan Wakil Murid |
| Gandingan Mantap Pendeklamator |
Posted by
skpulaumertajam
Wednesday, May 9, 2012
Kem Kepimpinan 2012
Kem Kepimpinan peringkat SK Pulau Mertajam telah dijalankan pada Sabtu, 14 April 2012. Program ini disertai oleh kumpulan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan AJK Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pulau Mertajam, Pn. Siti Aloyah bt. Jidin. Kem Kepimpinan ini telah di kendalikan oleh En. Saidin ( Kaunselor SMK Paya Keladi ) Objektif utama adalah untuk membentuk jati diri di kalangan peserta dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Posted by
skpulaumertajam
Sunday, May 6, 2012
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Pihak admin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun buat semua murid Tahun 1- Tahun 5. Peperiksaan akan dijalankan pada 07 - 11 May 2012. Kami mendokan kejayaan anda semua. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012.....
Posted by
skpulaumertajam
Tuesday, April 17, 2012
Sunday, April 15, 2012
Program Guru Penyayang
Program Guru Penyayang peringkat SK Pulau Mertajam telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar, Pn. Siti Aloyah bt. Jidin pada 13 April 2012, di Dewan SK Pulau Mertajam. Ketika berucap, beliau menyatakan bahawa program seperti ini bertujuan untuk melahirkan semangat kasih-sayang dan kemesraan di kalangan guru-guru terhadap murid-murid. Semua murid akan dianggap sebagai anak-anak oleh semua guru-guru SK Pulau Mertajam. Pada majlis itu juga, majlis penyerahan anak angkat telah dilakukan kepada semua guru-guru........
Posted by
skpulaumertajam
Wednesday, April 11, 2012
Daulat Tuanku......
Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu "Perang" bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.
Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu "Negaraku" dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Lt Sabri Abdullah.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.
Upacara hari ini mengandungi dua sejarah penting bagi Seri Paduka kerana ini merupakan kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selain merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baru di Jalan Duta.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Posted by
skpulaumertajam
Subscribe to:
Posts (Atom)
